Thursday, October 31, 2013

Resepi Roast Chicken with Lemon and Thyme


Salam semua, hari ni nak kongsi resepi yang senang ja nak masak tapi sedap. Hari tu tekak tiba-tiba rasa nak makan roasted chicken, so apa lagi..mula lah mengGoogle resepi. Alhamdulillah, menjadi la jugak untuk first timer ni kan.. =)

Resepi ni inspired dari sini: BBC Food
(Dah alter sikit2 sebab tak guna whole chicken)

Bahan-bahan:
Ayam (Seekor ayam atau yang dah dipotong, mana-mana pun boley ja)
1 labu bawang besar, dipotong
2 batang carrot, dipotong
1/2 lemon, hiris
Thyme
Butter
Minyak zaitun

1. Panaskan oven 170'C (rak tengah, ON kipas)
2. Masukkan bawang dan carrot dalam loyang.
3. Gaulkan dengan minyak zaitun, garam dan lada hitam.
4. Susunkan ayam di atas sayuran yang telah dipotong, sapu butter/minyak zaitun pada ayam, perasankan dengan garam dan lada hitam. (Untuk dapatkan crispy skin, sapu butter pada bahagian kulit ayam)
5. Perahkan sedikit lemon dan yang selebihnya susun dalam dulang.
6. Taburkan herba thyme.
7. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.
**If guna seekor ayam, masa memasak dalam oven 1jam 20min, if guna ayam yang dah dipotong, lebih kurang 45-1jam.
8. Setelah masak, angkat ayam dan sayuran sahaja dan ketepikan selama 15-20minit. (Resting)
**Kuah/jus yang terdapat di bahagian bawah disimpan untuk dibuat kuah untuk dimakan bersama ayam.

 Roast Chicken with Lemon and Thyme


Resepi kuah/gravy:
1 sudu besar tepung gandum
Air
Kiub pati ayam
1/2 Sudu besar butter

1. Tuang kuah/jus yang terhasil di dalam dulang pembakar ke dalam skillet bersama dengan bahan-bahan yang tertinggal di dalam dulang seperti bawang dan thyme, ketepikan lemon. Buka api sederhana sahaja.
2. Tambah sedikit air, masukkan tepung, kacau sehingga semua tepung larut dan sebati.
3. Masukkan sedikit kuib pati ayam untuk menaikkan rasa ayam.
4. Masukkan butter, kacau hingga larut. (Butter berperanan untuk kilatkan kuah & menambah rasa)
4. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidang =) Jika nak kuah yang lebih cantik tanpa bawang dan bahan lain yang tersisa, tapis dulu kuah untuk dapatkan puri kuah sahaja. Tapi saya tak buat pun..sebab nak kekalkan bawang yg manis tu.

Makan dengan aglio olio..sedap!
  • Photobucket

No comments:

Post a Comment