Thursday, October 31, 2013

Resepi Roast Chicken with Lemon and Thyme


Salam semua, hari ni nak kongsi resepi yang senang ja nak masak tapi sedap. Hari tu tekak tiba-tiba rasa nak makan roasted chicken, so apa lagi..mula lah mengGoogle resepi. Alhamdulillah, menjadi la jugak untuk first timer ni kan.. =)

Resepi ni inspired dari sini: BBC Food
(Dah alter sikit2 sebab tak guna whole chicken)

Bahan-bahan:
Ayam (Seekor ayam atau yang dah dipotong, mana-mana pun boley ja)
1 labu bawang besar, dipotong
2 batang carrot, dipotong
1/2 lemon, hiris
Thyme
Butter
Minyak zaitun

1. Panaskan oven 170'C (rak tengah, ON kipas)
2. Masukkan bawang dan carrot dalam loyang.
3. Gaulkan dengan minyak zaitun, garam dan lada hitam.
4. Susunkan ayam di atas sayuran yang telah dipotong, sapu butter/minyak zaitun pada ayam, perasankan dengan garam dan lada hitam. (Untuk dapatkan crispy skin, sapu butter pada bahagian kulit ayam)
5. Perahkan sedikit lemon dan yang selebihnya susun dalam dulang.
6. Taburkan herba thyme.
7. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.
**If guna seekor ayam, masa memasak dalam oven 1jam 20min, if guna ayam yang dah dipotong, lebih kurang 45-1jam.
8. Setelah masak, angkat ayam dan sayuran sahaja dan ketepikan selama 15-20minit. (Resting)
**Kuah/jus yang terdapat di bahagian bawah disimpan untuk dibuat kuah untuk dimakan bersama ayam.

 Roast Chicken with Lemon and Thyme


Resepi kuah/gravy:
1 sudu besar tepung gandum
Air
Kiub pati ayam
1/2 Sudu besar butter

1. Tuang kuah/jus yang terhasil di dalam dulang pembakar ke dalam skillet bersama dengan bahan-bahan yang tertinggal di dalam dulang seperti bawang dan thyme, ketepikan lemon. Buka api sederhana sahaja.
2. Tambah sedikit air, masukkan tepung, kacau sehingga semua tepung larut dan sebati.
3. Masukkan sedikit kuib pati ayam untuk menaikkan rasa ayam.
4. Masukkan butter, kacau hingga larut. (Butter berperanan untuk kilatkan kuah & menambah rasa)
4. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidang =) Jika nak kuah yang lebih cantik tanpa bawang dan bahan lain yang tersisa, tapis dulu kuah untuk dapatkan puri kuah sahaja. Tapi saya tak buat pun..sebab nak kekalkan bawang yg manis tu.

Makan dengan aglio olio..sedap!
  • Photobucket

Baju Kahwin untuk dijual / Wedding dress for sale

Nak let go dress ni sekali dengan veil.
Daripada tersimpan dalam almari, baik letgo pada sesapa yang berminat kan?

Warna: Nescafe (Coklat susu)
Material: Chiffon Georgette + Lace (Lace nama apa pun dah tak ingat, beli di Jakel)
Detailing: Manik + Batu Tampal
Tempah jahit baju dan manik di Kay Collection
Veil: Patch Lace + Batu Tampal (DIY)
Saiz: Sesuai untuk yang saiz L or XL.

Nak tau lebih lagi?? Hantar emel ke aimi145494@gmail.com . Satu lagi, saya di area Alor Setar, Kedah.

 One piece dress, full lining

 Tangan request pada tailor nak ada zip untuk senang ambil wuduk




  Tak banyak gambaq untuk majlis ni sebab hujan..and dah tak larat nak pergi outdoor
Photobucket

Friday, October 25, 2013

Veil Nikah : Review

Tarikh Nikah: 31 Mei 2013 (Jumaat)
Baju: Kurung moden (Tailor made) Baju ni tempah kat kedai tukang jahit biasa ja sebab memikirkan pakai baju nikah ni kejap ja, tak lama pun..sayang pulak duit nak tempah kat tailor baju pengantin. =)
Material: Lace+beads, labuci, satin silk
Warna: Rose Pearl
Veil: Chiffon, patch lace with beads (DIY)





Photobucket

Thursday, October 24, 2013

Tudung dan Veil Resepsi 1 Jun: Review

Assalamualaikum,
Salam Jumaat!

Hari ni rajin nak menulis review tudung yang dipakai time resepsi 1 Jun 2013. Untuk tudung,hari tu pakai yang ready made ja sebab nak buat sendiri memang tak sempat sebab banyak sangat kerja yang perlu disiapkan last minit.

Bawah ni senarai yang di pakai semasa majlis tu:
1. Inner Bawal Cream: Aidijuma
2. Tudung Syria Chiffon, Double Layer dengan bunga manik sakura: Zinni
3. Veil dengan patch lace and beading: Selfmade

Okey, jom layan gambar pulak:


 Pandangan dari belakang

 Dari atas pulak

Manik n kristal gantung gantung

Tudung Syria Chiffon Double Layer beli di Zinni

Photobucket