Monday, July 15, 2013

Kasut Kahwin (Wedding Shoe)

Assalamualaikum...

Siapa tengah cari kasut kahwin????

Bagi sesiapa yang tengah survey lagi..meh sini tengok beberapa pilihan designer dan brand yang boleh korang pertimbangkan...

1. Zang Toi
- Brand ni boleh korang boleh cari di Parkson, Parkson.com.my or Zalora. Parkson ada jual online, so boleh la tengok mana yang berkenan di hati. Tapi tak banyak pun pilihan online. Better pergi sendiri ke Parkson. Macam aku, aku pergi terjah sendiri ke Parkson di Gurney Plaza. Banyak pilhan kasut kat situ berbanding Parkson di Alamanda. Semuanya elegen dan kiut2. Range harga RM200++ keatas, tapi memang puas hati. Aku beli satu pasang ja..pakai untuk 3 majlis. Biar satu, asalkan puas hati dengan design, harga dan kualiti. :)


Pic yang baru dapat dari OP



2. Christy Ng  
- Brand ni pun popular jugak untuk wedding shoe (tempah dan ready made). Range harga pun sangat berpatutan dengan design yang sangat cun. Range harga dalam RM200++ keatas. Kasut ni jugak boleh dapat online di Parkson, Zalora or website Christy Ng  If nak ke showroom, boleh walk in terus di PJ. Nak maklumat lanjut boleh google Cristy Ng punya website.

Website: http://christyng.com/
Hi kasut, i LOVE u!


3. Saiful Sin
- Kasut daripada Saiful Sin banyak menggunakan element polos+manik crumble. Nampak eksklusif dan juga boleh ditempah secara custom made.

Website:  http://saifulsincouture.blogspot.com/
Comei dak???


4. U.R.S & Inc
- Jenama kasut ni aku jumpa koleksi untuk wed shoe di Parkson Gurney Plaza jugak. Design banyak menggunakan element dan tema polos, satin, brooch dan lace. Ada banyak pilihan design dan kebanyakannya warna cerah dan putih.

Website: https://www.facebook.com/URSinc
 *di website tak banyak pun yang ada untuk wed shoe, tapi if sesapa yang tinggal area utara boleh la pergi survey brand ni kat Gurney Plaza. Memang banyak pilihan...Tak pasti pulak kat Parkson lain macam mana kan..

5. Lewre
- Koleksi wedding shoe untuk brand Lewre ni pun banyak dan eksklusif jugak. Harga pun eksklusif...hihihi. If nak tengok, boleh ke Fb page Lewre.

Fb Page: https://www.facebook.com/lewre


*Melted*

Ada banyak lagi jenama kasut yang cantik-cantik. Asalkan rajin survey, insyaallah boleh jumpa dream shoe korang! =)

Photobucket