Wednesday, January 16, 2013

Majlis Pertunangan Bajet

Salam semua!

Hari ni aku nak membincangkan cara untuk memastikan majlis pertunangan atau apa-apa majlis yang bakal kita lansungkan dalam bajet yang sederhana. Lagipun, kan lebih bagus jika kita dapat berjimat dan tidak membazir? Sekurang-kurangnya, kita dapat jimatkan kos perbelanjaan untuk majlis tersebut dan dapat digunakan di majlis kahwin nanti. Walaubagaimanapun, apa yang aku coretkan ni hanyalah sebagai rujukan untuk B2B sekalian kerana apa yang kita lakukan, biarlah berpadanan dengan kemampuan kita.

Antara perkara yang penting untuk diambil kira dalam sesuatu kos majlis pertunangan adalah:

1. Cincin pertunangan
Cincin pertunangan biasanya mempunyai batu permata. Cincin belah rotan (Atau cincin 916 yang tidak mempunyai batu permata) pula diberikan sebagai tanda semasa proses merisik. Apa pun, semua atas pilihan anda nak pilih cincin kosong atau yang ada batu permata. Kos untuk cincin pertunangan bergantung kepada kemampuan setiap individu. Aku cadangkan, waktu terbaik untuk beli cincin adalah semasa S.A.L.E.! Contohnya, Habib Jewel biasanya akan buat sale pada setiap bulan perayaan atau keraian. Di masa ni, kita boleh dapatkan harga cincin sehingga 50% atau lebih. Untuk tips nak beli cincin, boleh tunggu next entri.

2. Baju/persalinan
Part yang paling kita semua suka, mestilah part memilih baju mana yang sesuai untuk dijadikan busana pertunangan kita nanti. Antara cara yang bagus untuk berjimat adalah dengan memilih busana berwarna putih atau cerah. 
'
'
' Kenapa???
Sebab kita boleh gunakan balik baju tu untuk digunakan semasa akad nikah nanti. Kan dah jimat?

Contoh ja lah... =P

Ataupun, baju tersebut kita boleh recycle untuk dijadikan baju untuk next raya. =)
Veil pulak, buat sendiri ja dan banyak tutorial yang boleh kita ikut.

Apapun, aku nasihatkan yang paling penting kita mestilah selesa dengan baju tersebut yang dapat mencerminkan peribadi kita. Jangan terlalu fikir untuk bergaya hingga kita lupa tentang keselesaan kerana di hari tersebut, semua mata akan memandang kita.

3. Barang Hantaran dan hiasan hantaran
Hantaran untuk majlis pertunangan biasanya adalah terdiri daripada makanan yang manis-manis. (Mungkin benda ni simbolik kot...). Tetapi ada juga yang memberi barangan seperti kain untuk dibuat baju perkahwinan dan lain-lain lagi. 
Cara untuk menjimatkan wang adalah dengan buat sendiri hiasan hantaran tu. Ada banyak contoh yang boleh kita rujuk di internet. Rajin-rajinlah Google. Antaranya anda boleh hias menggunakan fabric flower, crepe paper dan lain-lain lagi.
Bagi yang memilih untuk menggunakan bunga artificial, anda boleh beli bunga tersebut di kedai bunga. Pastikan anda membeli semasa sale kerana harganya lebih murah. Untuk majlis pertunangan yang lepas, aku guna bunga artificial hydragea, satu jambak lebih kurang RM8++. Beli semasa sale di KK Home Deco, Kajang.

Hantaran bunga artificial
 Dulang hantaran aku pinjam dari sepupu. So, jika anda ada saudara mara yang mempunyai dulang hantaran, pinjam sajalah. Boleh jimat banyak, sebab harga untuk satu dulang hantaran yang biasa kita lihat adalah dalam RM12-RM15. 

4. Pelamin
Trend pertunangan sekarang, mesti ada pelamin. Tapi biasanya, pelamin mini selalu menjadi pilihan kerana hiasan yang minima, simple dan menjimatkan kos.
Harga untuk pelamin mini biasanya bermula dalam RM200 keatas bergantung kepada pilihan design pelanggan. Makin banyak hiasan, makin bertambahlah harga. Jadi, kita harus bijak memilih apa yang kita mahu. Yang penting, anda harus pandai berbincang  dan nego harga dengan vendor.
Jika anda mahu lebih jimat, hiaslah pelamin anda sendiri. Selain ia dapat memberi kepuasan atas hasil kerja anda, anda juga dapat menjimatkan kos majlis. Untuk entri tips DIY Pelamin, boleh rujuk di entri ni: Pelamin Tunang DIY.

5. Tetamu
Jumlah tetamu yang hadir perlu diambil kira untuk membuat bajet makanan dan doorgift kepada tetamu. Biasanya untuk majlis pertunangan hanyalah melibatkan kaum keluarga, teman rapat dan juga jiran berdekatan. Tetapi apa pun, semuanya bergantung kepada kita dan pihak keluarga untuk menjemput siapa dan jumlah tetamu yang akan hadir. Pastikan kita berbincang dengan keluarga kerana mereka lebih arif.



6. Makanan
Kebiasaannya, hal makanan dan tetamu akan diuruskan oleh ibu bapa. Walaupun mereka menguruskan hal makanan, tetapi kita juga perlulah mengambil tahu apakah makanan yang bakal dihidangkan. Makanan yang dihidangkan bergantung kepada waktu majlis pertunangan dilansungkan. Anda boleh berjimat dengan memilih waktu majlis pertunangan pada selepas Zohor kerana makanan yang akan dihidangkan pada majlis ini tentunya makanan dan minuman petang seperti kuih muih, bihun goreng atau juadah ringan yang lain. Tetapi, jika majlis diadakan pada pukul 10-11 pagi, tentunya makanan yang dihidangkan adalah makanan berat untuk makan tengah hari. Jadi, anda pilihlah mana yang bersesuaian dengan bajet anda.

7. Doorgift
Buah tangan untuk para tetamu diberikan sebagai tanda terima kasih anda atas kehadiran mereka. Pilihlah barangan atau makanan yang bersesuaian dengan bajet anda. Bagi yang memilih untuk memberikan doorgift dalam bentuk paper bag, pilihlah harga paper bag yang berpatutan kerana terdapat pelbagai harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pembekal. Jika anda mempunyai lebih masa, rajin-rajinlah mencari kilang atau pemborong paper bag atau kotak kertas kerana mereka menawarkan harga yang lebih murah daripada pasaran runcit.

8. Cameraman
Jurukamera perlu untuk merakamkan momen indah kita nanti. Jadi, anda haruslah memilih untuk menggunakan perkhidmatan mereka atau menyerahkan tugas tersebut kepada saudara mara anda. Jika ada yang berhasrat untuk memdapatkan perkhidmatan jurukamera dan mahu berjimat, pilihlah jurukamera yang baru berjimak dalam bidang ini kerana mereka menawarkan harga yang lagi murah daripada jurukamera yang berpengalaman. Tetapi, anda tidak boleh mengabaikan hasil kerja mereka. Pastikan anda menyemak hasil kerja mereka dan pakej yang ditawarkan dahulu sebelum menempah supaya apa yang kita peroleh memenuhi expectation kita. Semasa majlis aku dulu, aku gunakan khidmat classmate di universiti dulu. Alhamdulillah, aku sangat puas hati dengan hasil kerja dia. Sesiapa yang berminat, boleh contact Sakuphoto di link ni: 


9. Make up
Make up semasa majlis pertunangan perlu untuk menaikkan seri wajah serta menutup cela yang ada =P . Anda boleh memilih untuk melakukannya sendiri bagi menjimatkan kos atau menggunakan perkhidmatan jurumekap. Harga yang biasa ditawarkan adalah RM100-RM200. Aku memilih untuk mendapatkan perkhidmatan jurumekap kerana muka aku tak selicin model, jadi banyak kerja yang perlu dibuat untuk tutup segala cela. Terpaksalah keluarkan kos untuk make up ni. Bagi yang berada dikawasan Alor Setar, anda boleh dapatkan perkhidmatan jurumekap Kak Wani dari SNS Anggun ( Sila Google laju-laju).

Sekian dulu untuk kali ni. Banyak sangat pulak mengarang kan.... -__-


Photobucket