Thursday, January 17, 2013

Handmade Hand Bouquet

Salam semua,

Kepada semua B2B yang berminat untuk dapatkan handmade hand bouquet, bolehlah rujuk pada page Scalova di Facebook. Di situ disediakan beberapa ready made hand bouquet. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan mengikut citarasa anda, bolehlah contact admin Scalova untuk futher discussion.

Harga pulak macam mana???

Jangan risau, my team and i akan cuba memenuhi kehendak anda mengikut bajet yang anda peruntukkan pada kami. Tempahan boleh dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis ye kawan-kawan.....

Ini adalah beberapa contoh hand bouquet yang dah siap:




Haa...kalau nak, sila PM laju-laju di page Scalova tau!

bye~

Photobucket

Wednesday, January 16, 2013

Majlis Pertunangan Bajet

Salam semua!

Hari ni aku nak membincangkan cara untuk memastikan majlis pertunangan atau apa-apa majlis yang bakal kita lansungkan dalam bajet yang sederhana. Lagipun, kan lebih bagus jika kita dapat berjimat dan tidak membazir? Sekurang-kurangnya, kita dapat jimatkan kos perbelanjaan untuk majlis tersebut dan dapat digunakan di majlis kahwin nanti. Walaubagaimanapun, apa yang aku coretkan ni hanyalah sebagai rujukan untuk B2B sekalian kerana apa yang kita lakukan, biarlah berpadanan dengan kemampuan kita.

Antara perkara yang penting untuk diambil kira dalam sesuatu kos majlis pertunangan adalah:

1. Cincin pertunangan
Cincin pertunangan biasanya mempunyai batu permata. Cincin belah rotan (Atau cincin 916 yang tidak mempunyai batu permata) pula diberikan sebagai tanda semasa proses merisik. Apa pun, semua atas pilihan anda nak pilih cincin kosong atau yang ada batu permata. Kos untuk cincin pertunangan bergantung kepada kemampuan setiap individu. Aku cadangkan, waktu terbaik untuk beli cincin adalah semasa S.A.L.E.! Contohnya, Habib Jewel biasanya akan buat sale pada setiap bulan perayaan atau keraian. Di masa ni, kita boleh dapatkan harga cincin sehingga 50% atau lebih. Untuk tips nak beli cincin, boleh tunggu next entri.

2. Baju/persalinan
Part yang paling kita semua suka, mestilah part memilih baju mana yang sesuai untuk dijadikan busana pertunangan kita nanti. Antara cara yang bagus untuk berjimat adalah dengan memilih busana berwarna putih atau cerah. 
'
'
' Kenapa???
Sebab kita boleh gunakan balik baju tu untuk digunakan semasa akad nikah nanti. Kan dah jimat?

Contoh ja lah... =P

Ataupun, baju tersebut kita boleh recycle untuk dijadikan baju untuk next raya. =)
Veil pulak, buat sendiri ja dan banyak tutorial yang boleh kita ikut.

Apapun, aku nasihatkan yang paling penting kita mestilah selesa dengan baju tersebut yang dapat mencerminkan peribadi kita. Jangan terlalu fikir untuk bergaya hingga kita lupa tentang keselesaan kerana di hari tersebut, semua mata akan memandang kita.

3. Barang Hantaran dan hiasan hantaran
Hantaran untuk majlis pertunangan biasanya adalah terdiri daripada makanan yang manis-manis. (Mungkin benda ni simbolik kot...). Tetapi ada juga yang memberi barangan seperti kain untuk dibuat baju perkahwinan dan lain-lain lagi. 
Cara untuk menjimatkan wang adalah dengan buat sendiri hiasan hantaran tu. Ada banyak contoh yang boleh kita rujuk di internet. Rajin-rajinlah Google. Antaranya anda boleh hias menggunakan fabric flower, crepe paper dan lain-lain lagi.
Bagi yang memilih untuk menggunakan bunga artificial, anda boleh beli bunga tersebut di kedai bunga. Pastikan anda membeli semasa sale kerana harganya lebih murah. Untuk majlis pertunangan yang lepas, aku guna bunga artificial hydragea, satu jambak lebih kurang RM8++. Beli semasa sale di KK Home Deco, Kajang.

Hantaran bunga artificial
 Dulang hantaran aku pinjam dari sepupu. So, jika anda ada saudara mara yang mempunyai dulang hantaran, pinjam sajalah. Boleh jimat banyak, sebab harga untuk satu dulang hantaran yang biasa kita lihat adalah dalam RM12-RM15. 

4. Pelamin
Trend pertunangan sekarang, mesti ada pelamin. Tapi biasanya, pelamin mini selalu menjadi pilihan kerana hiasan yang minima, simple dan menjimatkan kos.
Harga untuk pelamin mini biasanya bermula dalam RM200 keatas bergantung kepada pilihan design pelanggan. Makin banyak hiasan, makin bertambahlah harga. Jadi, kita harus bijak memilih apa yang kita mahu. Yang penting, anda harus pandai berbincang  dan nego harga dengan vendor.
Jika anda mahu lebih jimat, hiaslah pelamin anda sendiri. Selain ia dapat memberi kepuasan atas hasil kerja anda, anda juga dapat menjimatkan kos majlis. Untuk entri tips DIY Pelamin, boleh rujuk di entri ni: Pelamin Tunang DIY.

5. Tetamu
Jumlah tetamu yang hadir perlu diambil kira untuk membuat bajet makanan dan doorgift kepada tetamu. Biasanya untuk majlis pertunangan hanyalah melibatkan kaum keluarga, teman rapat dan juga jiran berdekatan. Tetapi apa pun, semuanya bergantung kepada kita dan pihak keluarga untuk menjemput siapa dan jumlah tetamu yang akan hadir. Pastikan kita berbincang dengan keluarga kerana mereka lebih arif.



6. Makanan
Kebiasaannya, hal makanan dan tetamu akan diuruskan oleh ibu bapa. Walaupun mereka menguruskan hal makanan, tetapi kita juga perlulah mengambil tahu apakah makanan yang bakal dihidangkan. Makanan yang dihidangkan bergantung kepada waktu majlis pertunangan dilansungkan. Anda boleh berjimat dengan memilih waktu majlis pertunangan pada selepas Zohor kerana makanan yang akan dihidangkan pada majlis ini tentunya makanan dan minuman petang seperti kuih muih, bihun goreng atau juadah ringan yang lain. Tetapi, jika majlis diadakan pada pukul 10-11 pagi, tentunya makanan yang dihidangkan adalah makanan berat untuk makan tengah hari. Jadi, anda pilihlah mana yang bersesuaian dengan bajet anda.

7. Doorgift
Buah tangan untuk para tetamu diberikan sebagai tanda terima kasih anda atas kehadiran mereka. Pilihlah barangan atau makanan yang bersesuaian dengan bajet anda. Bagi yang memilih untuk memberikan doorgift dalam bentuk paper bag, pilihlah harga paper bag yang berpatutan kerana terdapat pelbagai harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pembekal. Jika anda mempunyai lebih masa, rajin-rajinlah mencari kilang atau pemborong paper bag atau kotak kertas kerana mereka menawarkan harga yang lebih murah daripada pasaran runcit.

8. Cameraman
Jurukamera perlu untuk merakamkan momen indah kita nanti. Jadi, anda haruslah memilih untuk menggunakan perkhidmatan mereka atau menyerahkan tugas tersebut kepada saudara mara anda. Jika ada yang berhasrat untuk memdapatkan perkhidmatan jurukamera dan mahu berjimat, pilihlah jurukamera yang baru berjimak dalam bidang ini kerana mereka menawarkan harga yang lagi murah daripada jurukamera yang berpengalaman. Tetapi, anda tidak boleh mengabaikan hasil kerja mereka. Pastikan anda menyemak hasil kerja mereka dan pakej yang ditawarkan dahulu sebelum menempah supaya apa yang kita peroleh memenuhi expectation kita. Semasa majlis aku dulu, aku gunakan khidmat classmate di universiti dulu. Alhamdulillah, aku sangat puas hati dengan hasil kerja dia. Sesiapa yang berminat, boleh contact Sakuphoto di link ni: 


9. Make up
Make up semasa majlis pertunangan perlu untuk menaikkan seri wajah serta menutup cela yang ada =P . Anda boleh memilih untuk melakukannya sendiri bagi menjimatkan kos atau menggunakan perkhidmatan jurumekap. Harga yang biasa ditawarkan adalah RM100-RM200. Aku memilih untuk mendapatkan perkhidmatan jurumekap kerana muka aku tak selicin model, jadi banyak kerja yang perlu dibuat untuk tutup segala cela. Terpaksalah keluarkan kos untuk make up ni. Bagi yang berada dikawasan Alor Setar, anda boleh dapatkan perkhidmatan jurumekap Kak Wani dari SNS Anggun ( Sila Google laju-laju).

Sekian dulu untuk kali ni. Banyak sangat pulak mengarang kan.... -__-


Photobucket

Tuesday, January 15, 2013

DIY PELAMIN TUNANG

Salam semua. Pelamin tunang ni adalah sempena majlis pertunangan aku pada bulan September 2012 yang lepas. Saja tergerak nak kongsi dengan readers semua, semoga post kali ni dapat memberi inspirasi pada bakal B2B yang nak jimatkan bajet untuk majlis pertunangan nanti. Lagipun aku faham sangat, memang agak limited hasil carial google untuk DIY Pelamin ni...kan? Jom tengok apa yang ada pada pelamin mini yang tak seberapa ni...hehe




Apa yang ada?
1. 4 keping tirai: Mama pasangkan railing besi pada dua sudut atas syiling untuk cover almari belakang tirai tu. Kain berat (ala kain telekung getah) lebih kurang RM2.00 semeter..harga sebenar tak ingat dah. Tapi kain ni memang murah. Boleh cari di Kamdar.

2. Kerawang Purple 2 keping beli di kedai hiasan barang perkahwinan. Harga tak ingat, rasanya lebih kurang RM5++ ja.
Kerawang ni gantung dari atas railing tirai, ikat guna dawai. Then karang kristal yang dah sedia ada (ambil lebihan dari kerja kahwin sepupu), jadikan sama panjang.

3.Bunga lalang bulat ( Gabungan 2 warna ungu dan hijau): Harga sebatang RM10++. Beli di kedai hiasan perkahwinan jugak. Pasu kaca sedia ada.

4. Bunga dan pasu putih: Pasu plastik putih pinjam dari sepupu, bunga putih boleh beli di Mydin/Pasaraya Sakan (untuk yang duk area Alor Staq boleh beli sini). Harga sejambak kurang dari RM2, mama yang beli.

5. Bunga merah dan pink dalam pasu rendah. (Sedia ada, ambil daripada kenduri sepupu)

6. Kain Ungu: Material sama seperti tirai, harga pun sama. (Asalnya kain tu nak buat alas meja..hehe)

7. Bantal putih: Kekabu dari rumah atok, sarung mama jahit. So, costing untuk bantal memang tak tahu.

8. Platform: Pinjam dari sepupu. Sepupu tempah platform ni untuk majlis dia yang lepas. So, aku gunakan balik ja. Just ambil satu platform sebab nak duduk sorang ja, if untuk sanding kena guna dua platform baru muat letak kerusi and ada lebih space untuk bergambar.

9. Pelapik platform: Platform ni atasnya kayu, body daripada besi. So, layer pertama letak karpet lembut (tak kisah warna apa pun) then lapik layer kedua dengan kain karpet warna putih (sepupu punya jugak). Kain ni boleh beli, ada jual di Kamdar.

10. Bunga atas tirai: Beli bunga panjang warna putih, dijual siap di kedai. Harga tak ingat, rasanya belas-belas ringgit ja. Aku just tambah sikit bunga warna pink untuk nampak lebih ramai dan meriah. Panjang bunga ni cukup-cukup muat ja dengan lebar tirai. Well done!

11. Lampu syiling: Mama beli lampu tu untuk tukar lampu meja makan yang dah lama. So, memang tinggalkan disitu ja lah.

Sekian.


Photobucket