Sunday, January 23, 2011

MOBILITY PROGRAM TO NDSU, US: WEEK 1

Cerita macam dah basi..tapi nak jugak cerita kat sini. Bukan apa, sebab tak sempat la nak upate blog selalu. Walaupun tak ada readers yang baca, tapi blog ni menjadi medium untuk menyampaikan apa saja asalkan tak melebihi had laju yang ditetapkan..hehe.
Ini adalah kisah kami bertiga...(Amy, Tasya dan Shikin). Ini adalah sedikit bingkisan yang dapat dikongsi bersama:
Program: Mobiliti Pelajar 
Sponsor: UPM
Tempat: North Dakota State University, ND, USA
Tarikh: 16 Oktober 2010 - 30 Oktober 2010
Terbang: KLIA (KUL) - LAX (LA) - MSP (MINNEAPOLIS) - FARGO (hampir 20jam ++ perjalanan) T_T
Perasaan: Memang teruja..best giler..!

 Ini adalah sebahagian classmate yang sudi datang untuk say goodbye..thanks korang!

 Mengapa muka ckin macam neh? Flight yang dijanjikan dah delay lebih kurang 6jam..OMG! Dah la nervous sebab nak pergi jauh~ fight buat hal pulak..hehe sabar je la.

 Akibatnya...kami bertiga pun claimlah meal dari MAS..lapar giler tau. Akhirnya perut pun terisi dengan croissant ni di Delifrance. Mmmmemang serius sedap....Nyum3!

 Ini adalah muka yang menggambarkan ke penantan dan excited lepas pijak bumi Los Angeles. Akhirnya 3/4 perjalanan selama 16 jam sudah selesai . Ini di Westin Hotel, nak check in untuk rehatkan badan sebab connecting flight dah terlepas akibat flight delay dari KLIA. Semuanya ditanggung beres oleh MAS. Memang betullah..MH tu Malaysian Hospitality! =)

 Tak dapat tidur, bergambar pun jadi lah kan? Alahai, dengan badan dah penat, memang katil empuk ni sangat-sangat menggeletar jiwa tau! Mana taknya, kami just ada masa 5 jam ja sebelum next flight ke Minneapolis. Dah siap mandi dan sembahyang, kami terus check out ke airport sebab takut terlepas flight lagi..hehe.

Ha..ini lah antara aktiviti sihat yang kami buat sementara tunggu next flight. Masa ni awal pagi, so kedai pun tak buka lagi. Perut pun lapar, so kami breakfast la dulu. Sini lah first time kami keluarkan duit untuk belanja. Hehe..makan pun share ja tau..sebab? Nak jimat la, lagi pun serving size kat sini besar..boleh la share bertiga.

Ini pemandangan dalam flight. Tapi tak pasti pulak dari mana. Tapi geografi kat area ni memang totally flat, gunung pun tak nampak!
Akhirnya, lebih kurang 20 jam perjalanan yang mencabar dan mendebarkan, kami pun sampai di Fargo. Dr. Shafiqur (supervisor) yang sambut kami dan dia bawa kami untuk rest sebentar di rumah dia. Ha, jangan panik, dia dah kawin la..hehe. Rumah dia memang cantik, luas and siap ada garden lagi. Bestnya! Kalaulah rumah ku sebegitu rupa.. (berangan sekejap~). Malam, Dr. hantar kami semua ke rumah Miss Joy. Sori, tak da gambar nak letak sebab penat sangat. So, semua orang tak sempat nak bergambar~ hehe

Tadaaaa! Ini lah first gambar kami di NDSU. Tiap pagi Miss Joy akan hantar kami di sini la..di depan Memorial Union. Suhu? Memang menggelar la..sebab dah nak masuk winter, lagipun Fargo terletak di area utara.Ha..kerusi yang kami duduk tu pun memang sejuk giler. Nak bergambar punya pasal..control je muka kan...


 Asal ada masa ja..kami bergambar..hehe. Biasa la tu kalau dah jakun kat tempat orang. hehe~

Ini pun time first day kat sana jugak. Dr. bawak kami pergi bayar health insurance kat Western Union. Then, kami pun singgah la di Walmart (ala-ala Tesco kalau nak banding kat tempat kita). Punya excited, nampak labu besar macam dalam TV. hehehe. Time ni memang banyak labu besar, sebab Halloween dah dekat.
Okey, next time sambungan untuk part 2 pulak dengan kisah lawatan ke ladang, kilang manufacture tractor dan lain-lain lagi.!  Tunggu.... =)

Photobucket

Sunday, January 9, 2011

Konfius

Patutkah aku pergi pra-tonton filem FASTER? Masalahnya, jauh la pulak nak pegi sampai ke KLCC. Tambah pulak, start pukul 9 malam. Then, pkul berapa pulak akan sampai kolej? Esok kelas pukul 8 pagi. Aduh...macam mana ni. Assignment pun bukan semuanya dah siap. Tapi itu boleh si settlekan. Hmmm~ tolong la, apa patut aku buat ni??
Photobucket

Monday, January 3, 2011

Saya ingin Menonton Filem Faster!


Hallu...sini saya nak ceritakan tentang filem yang bakal menjengah pawagam di Malaysia tak lama lagi. Tajuk filem ini adalah FASTER. Dengar tajuk filem pun dah boleh agak, ini mesti filem aksi.Tambah pulak, THE ROCK yang berlakon..hee~ bestnya! Saya confirm, mesti best giler! Kepada dia hard fan The Rock, jom ramai-ramai penuhkan panggung tonton filem ni.Dibawah ni ada sedikit sisnopsis tentang filem ini: 

Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver (Dwayne Johnson a.k.a The Rock) mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara (Billy Bob Thornton) dan seorang lagi pembunuh upahan (Oliver Jackson-Cohen). Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......

Haa..lepas baca sinopsis, nak tahu lebih lanjut? 
Kena la tunggu released date dulu pada 13 JANUARI 2011 =)


Genre: Aksi
Pelakon: Dwayne Johnson,
Carla Gugino, Maggie Grace,
Moon Bloodgood, Billy Bob Thornton

Pengarah Filem: George Tillman Jr.











Photobucket