Thursday, October 14, 2010

Drama Week

Minggu ni memang minggu penuh emosi dan kisah sedih+frust dan segala bagai. Aku sangat tak paham, kenapa bila ada peluang terbentang didepan mata, tapi tidak dipandang. Tapi bila orang mengambil mendapat peluang tu, perasan marah membuak-buak. Jika ada keinginan, mengapa tak diteruskan? Jangan hanya bercakap setinggi gunung, tindakan tak ada pun. Jangan harapkan orang lain untuk penuhkan impian kau. Aku sangat upset dengan sikap orang macam ni. Sampai bila nak bergantung harap pada orang lain untuk teruskan impian sendiri? Hanya selesa berada dalam kelompok yang besar, pekung didada disorok dalam-dalam. Tapi bila bercakap tentang orang lain, semuanya didedah.  Jangan salahkan orang lain jika dia yang mendapat peluang itu, atas usahanya sendiri, atas semangat dan azam yang ada pada dia. 
Semangat setiakawan? Aku dah tak pernah gunakan perkataan ni. Sebab perkara ni memang dah tak wujud kat dunia yang penuh pincang ni. Bercanang semangat setiakawan, tapi dibelakang..macam2 hal yang berlaku. Tapi apa pun, aku harap semuanya akan jadi seperti biasa. Aku sayang kawan-kawan aku. Tapi, apa yang pasti bila dah jadi macam ni, semestinya semua tak kan sama seperti dulu. Aku akan lebih berhati-hati dalam pergaulan aku. Thanks for everything..makna kawan sangat bermakna buat aku. So, jangan sekali-kali cemarkan makna kawan pada aku.
Keihlasan sangat penting dalam sesebuah hubungan...itu yang aku percaya. Tak perlu nak cakap berlapik-lapik@terbalik-balik@tunggang-terbalik dalam bersahabat sebab aku dah tau apa yang kau tahu. Aku tak mampu nak terangkan semuanya untuk puaskan hati kau dan semua yang bersimpati dengan kau. Yang penting, Allah tahu apa yang aku niatkan. Tak perlu untuk aku canangkan pada orang ramai, apa yang aku rasa, apa niat aku lakukan semua ni. Tapi, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.....mungkin peristiwa ni dapat memberi banyak pengajaran pada aku dan ramai orang.
Aku bersyukur, Allah berikan aku peluang dan rezeki aku ini. Aku harap dapat berkongsi dengan semua orang, dan aku harap kawan-kawan aku pun dapat menggerakkan diri untuk mengejar impian masing-masing. Jangan jadikan alasan tidak tahu sebagai penghalang dan orang lain menghalang. Beranikan diri untuk mengejar impian yang diimpi selama ini kerana peluang terbuka pada semua. Sesuatu perkara takkan berlaku tanpa usaha yang gigih. ^_^ 
Photobucket

No comments:

Post a Comment