Thursday, December 30, 2010

HAPPY NEW YEAR

Salam semua..Selamat Tahun Baru 2011. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, esok dah masuk tahun 2011. Tahun 2010 memang banyak tinggalkan kenangan manis, tak lupa juga kenangan pahit untuk di telan. Apa pun, harap-harap tahun 2011 dapat memberi sinar kepada semua, semoga kita semua dapat mencapai apa yang kita hajat. Ada banyak event yang tak sempat di update di blog, mungkin lepas ni jika ada masa lebih, boleh la update dengan pelbagai aktiviti yang dah lepas. Walaupun dah lepas, tapi kenangan itu tetap segar di ingatan.


Photobucket

Tuesday, November 16, 2010

Saya ingin menonton filem The Social Network!

Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.


Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network".

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 2 Disember 2010!
Photobucket

Thursday, October 14, 2010

Drama Week

Minggu ni memang minggu penuh emosi dan kisah sedih+frust dan segala bagai. Aku sangat tak paham, kenapa bila ada peluang terbentang didepan mata, tapi tidak dipandang. Tapi bila orang mengambil mendapat peluang tu, perasan marah membuak-buak. Jika ada keinginan, mengapa tak diteruskan? Jangan hanya bercakap setinggi gunung, tindakan tak ada pun. Jangan harapkan orang lain untuk penuhkan impian kau. Aku sangat upset dengan sikap orang macam ni. Sampai bila nak bergantung harap pada orang lain untuk teruskan impian sendiri? Hanya selesa berada dalam kelompok yang besar, pekung didada disorok dalam-dalam. Tapi bila bercakap tentang orang lain, semuanya didedah.  Jangan salahkan orang lain jika dia yang mendapat peluang itu, atas usahanya sendiri, atas semangat dan azam yang ada pada dia. 
Semangat setiakawan? Aku dah tak pernah gunakan perkataan ni. Sebab perkara ni memang dah tak wujud kat dunia yang penuh pincang ni. Bercanang semangat setiakawan, tapi dibelakang..macam2 hal yang berlaku. Tapi apa pun, aku harap semuanya akan jadi seperti biasa. Aku sayang kawan-kawan aku. Tapi, apa yang pasti bila dah jadi macam ni, semestinya semua tak kan sama seperti dulu. Aku akan lebih berhati-hati dalam pergaulan aku. Thanks for everything..makna kawan sangat bermakna buat aku. So, jangan sekali-kali cemarkan makna kawan pada aku.
Keihlasan sangat penting dalam sesebuah hubungan...itu yang aku percaya. Tak perlu nak cakap berlapik-lapik@terbalik-balik@tunggang-terbalik dalam bersahabat sebab aku dah tau apa yang kau tahu. Aku tak mampu nak terangkan semuanya untuk puaskan hati kau dan semua yang bersimpati dengan kau. Yang penting, Allah tahu apa yang aku niatkan. Tak perlu untuk aku canangkan pada orang ramai, apa yang aku rasa, apa niat aku lakukan semua ni. Tapi, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.....mungkin peristiwa ni dapat memberi banyak pengajaran pada aku dan ramai orang.
Aku bersyukur, Allah berikan aku peluang dan rezeki aku ini. Aku harap dapat berkongsi dengan semua orang, dan aku harap kawan-kawan aku pun dapat menggerakkan diri untuk mengejar impian masing-masing. Jangan jadikan alasan tidak tahu sebagai penghalang dan orang lain menghalang. Beranikan diri untuk mengejar impian yang diimpi selama ini kerana peluang terbuka pada semua. Sesuatu perkara takkan berlaku tanpa usaha yang gigih. ^_^ 
Photobucket

Sunday, October 10, 2010

K.A.W.A.N

Kenapa ada orang yang suka gunakan kawan bila dia mengalami kesusahan? di manakah dia bila dia bersenang-senang? jangan bersedih bila kawan yang selalu digunakan tu, melakukan sesuatu yang membawa kebaikan pada dirinya...kerana dia pada suatu masa dulu dia pernah menganggap kau sebagai temannya, tetapi kau mensia-siakan segalanya demi kepentingan diri. Jangan diikutkan rasa hati dan perasan iri hati..kerana peluang untuk kau mungkin lebih cerah...berjayalah kau kerana kau layak memperolehinya bukan berjayanya kau kerana kau lebih dari orang sekelilingmu. Aku doakan kau sentiasa sukses, walaupun aku tak pasti apakah kau anggap apa makna kawan pada dirimu.
Photobucket

Friday, July 16, 2010

THE VAMPIRE DIARIES

ah..sapa penah tengok crita ni kat tv..best kan? sekali tengok..hati trus terpikat..ahahaha. ada banyak sebab anda perlu tengok crita ni. Sebab yang paling utama, hero n heroin dalam siri ni memang super handsome and cantik. then, jalan cerita pun best..rasa misteri2 gitu. Bila dah tgk skali, mesti tertunggu2 next week punya cerita... Kalo tengok crita ni, mesti asik terpandang muka ja...aduh...kat bawah ni, adalah some of the main casts dalam crita ni:



 1. Nina Dobrev as 'Elena Gilbert'
2. Paul Wesley as 'Stefan Salvatore' 
3. Ian Somehalder as 'Damon Salvatore'
4. Katerina Graham as 'Bonnie Bennett'
5. Candice Accola as 'Caroline Forbes'
6. Steven R. McQueen as 'Jeremy Gilbert'

Nak tau summary tiap episode? klik kat link bawah ni..baca la puas2, sebab kalo nak cerita kat cni, jadi over panjang la pulak nanti..hehe: http://horror.about.com/od/thevampirediaries/a/vampirediaries1.htm


Sebenarnya, siri tv ni wujud dari novel yang meletop2 tahun lepas. thanks to L.J SMITH yang dah buat siri yang super best ni! then, aku pun memasang hajat tuk beli novel vampire diaries part 1 weekend ni:

Tunggu ye buku, nanti aku bawak ko balik dari MPH...ari tu dah survey, harga dia lebih kurang rm27 cam tu je, x la tebal sangat. so, x de la lama ambik masa tuk habiskan 1 siri :)
Part lain pun dah ada..tapi apa pun, kena la start dengan part 1 dulu..kan2?
Apalagi, jom serbu kedai buku!

Photobucket

Monday, July 5, 2010

CARA BUAT SIGNATURE UNTUK BLOG

Hi! ni first entry untuk kali ni. Hari tu, tengah cari cam ne nak buat signature..then terjumpa lah dengan 1 website ni. Then, jom kita kongsi cara-cara untuk letakkan signature pada tiap post yang anda publish. Senang ja, just ikut beberapa simple step ni..dah siap!

2. Klik pada "Click Here to Start"
3. Pada page Creating a new signature, klik 'Using the creation signature wizard'
4. Masukkan nama yang anda mahukan pada signature anda.
5. Pilih font yang anda inginkan.
6. Pilih saiz signature anda.
7. Pilih warna signature dan background colour. Jika anda tidak mahu sebarang background, select 'trasparent'
8. Pilih slope signature anda. Disini, anda boleh memilih kadar kecondongan signature anda.
9. Apabila paparan 'Finished! The signature is ready', klik pada 'want to download this signature?'
10. Pilih 'Generate HTML Code
11. Klik pada 'Generate a code for my handwritten signature'
12. Copy code HTML yang diberi.
13. Log in ke http://www.blogger.com
14. Klik Setting dan pilih Formatting pada bahagian tersebut.
15. Di Formatting, scroll ke bahagian Post Template. Pastekan kod yang dah di'copy' tadi ke dalam box yang disediakan.
16. Klik 'Save Setting'.
Ha..dah siap. Pastu, boleh la cuba buat pada new post anda.
** Saya tengah berusaha untuk siapkan tutorial ni dalam e-book, ada gambar senang cket nak ikot. Bila dah siap nanti boleh la download ye!
  


Photobucket





Sunday, July 4, 2010

Welcome!

Hallu...at last, dapat jugak sy wat blog sendiri. Dah lama pasang angan2 nak wat blog sendiri, tp x dak masa yang seswai la..so, kali ni berusaha jugak wat bagi siap.hehe..bangga sekejap.