Thursday, August 4, 2011

BAKING PROJECT

Ini hasil baking sepanjang satu minggu di rumah. Hari Ahad buat choc cupcake with strawberry butter cream frosting. Hari Khamis plak buat Red Velvet Cake (first time ye) with vanilla cream cheese frosting.

Choc Cupcake with Strawberry Butter Cream
 Shuweeettt...

 Siap susun dalam box lagi hokeyy..

 Kena banyak lagi practice untuk piping rose

 Ready to go..bye-bye cuppies.

Time ni memang nampak kemas, time icing...habis bersepah dapur. Hehehe. Cupcake ni rasanya sedap (bukan nak puji diri sendiri ye =P), sangat terasa rasa coklat dalam cupcake tu. Frosting guna resepi icing buttercream biasa ja, tapi just tambah strawberry paste untuk dapatkan rasa and colour =), so jadilah warna pink yang ala-ala romentik gitu..

RED VELVET CAKE
 Sebelum icing..tengah sejukkan kek

 Ergh, kualiti gambar sangat low sebab snap time  malam. =(

Close up
First time buat red velvet and rasa kek ni. Ok la...unik. Bila masukkan dalam fridge, lagi sedap makan. Frosting tak keras sangat sebab dah kurangkan gula =) Next week nak buat choc cupcake lagi, tapi nak buat icing chocolate ganache.

Photobucket

Tuesday, August 2, 2011

Kelas Cream Puff and Eclairs

Salam semua..Selamat menyambut Ramadhan (rasanya tak lewat lagi kot untuk wish..=). Sekarang ni aku tengah   cuba-cuba untuk belajar baking secara serious. Tapi just belajar dari past experience plus some study dari internet dan buku ja sebab if nak kelas baking, memang makan kos banyak. So, buat masa ni, just belajar sendiri dulu.

Tapi, last weekend aku ada attend satu kelas memasak ni. Kelas buat cream puff dan eclairs dengan cikgu Yus. Ini blog dia: http://cuitcutecakes.blogspot.com/ (Sg. Petani). Harga untuk kelas demo just RM80 fully sponsored by mama. Hehe...tq mama! Cikgu ni memang best, walaupun aku dah terlambat sejam ke kelas sebab bangun lewat (lewat sebab pkul 4pagi baru sampai dari KL hokey..=) dan sesat dalam pekan Sungai Petani, tapi dia sanggup ulang tayang untuk aku. Cikgu pun sporting&sempoi habis~  Cream puff yang cikgu ajar ni memang sedap...antara cream puff yang tersedap pernah aku rasa...insyaallah nanti nak try wat sendiri guna resepi cikgu bagi tu. Harap-harap jadi la kan?

 Adunan mesti pekat berkilat gitu..

 Nampak cam senang ja nak simpul2..tapi kena practice banyak kali jugak ni

 Rupa eclairs yang ala ulat bulu..yaw~

 Argh...sedapnya~

 Semua tengah lepak tunggu CP&EC masak

 Lepas letak filling, taburlah snow powder..

Tadaaaa...amacam, boleh banyang tak rasa CP neh?

Photobucket

Thursday, July 28, 2011

COOKING CLASS AT KOREA PLAZA

Tarikh: 26/7/11 (2-4pm)
Cooking class ni semamangnya FOC, so sesiapa pun boleh join. Tapi kena la bagi nama dulu pada urusetia Korean Plaza tu. Bagusnya orang Korea ni..sempat lagi nak pikir buat benda-benda macam ni. hehe..
View dari tempat duduk peserta yang datang lambat macam aku. If tak nampak, boleh tengok pada skin besaq depan tu.

 Kimchi versi kubis. 

 Kimchi versi lobak putih.(Rasa Kimchi kubis lagi sedap daripada lobak..)

Wah! Sedapnya...ni lah Japchae. Rasa noodle tu cam ala su'un. Mee tu diperbuat daripada potato starch.
Renyah cket la nak buat ni..tapi bahan memang simple ja.

 Ini portion yang aku dapat, tapi don't worry sebab boleh tambah..hehe

Posing sketttt~

Muka Ami yang excited tak hengat macam dah sampai Korea

Secara overallnya, coking class ni memang bagus untuk sesiapa yang minat masak-masak ni or just setakat nak isi masa dengan buat aktiviti yang lain dari yang lain. Korea plaza ni adalah tempat untuk promosikan Korea kepada local people. Macam-macam lagi aktiviti yang ada disitu termasuklah kelas bahasa,pameran dan jugak info tentang tempat-tempat menarik kat Korea. Sesiapa yang nak pegi Korea, boleh la singgah di Plaza Korea dulu, sebab diaorang ada tawarkan pass untuk public transport secara percuma untuk masa yang terhad. Untuk lebih info, better googlekan ja 'Plaza Korea'. 

Photobucket

Tuesday, June 7, 2011

Global Smurfs Day @IPC, MUTIARA DAMANSARA

Ini cerita fresh from oven tau. Minggu lepas dapat invitation dari Mangga Ads untuk ke majlis sambutan Global Smurfs Day. Dah alang-alang aku di UPM, so aku pun dengan excitednya pergi la ke sana untuk join majlis tuh semalam. Pukul 12 tengah hari bertolak dari Serdang, pukul 1 petang pergi ambil tiket kat ruang legar IPC. Gigih betul aku ni..hehe. Ha...apa lagi, jom layan gambar neh~ Jangan lupa, The Smurfs akan ditayang kat Malaysia pada 1 September nanti =)

 Cute gila smurfs kecik-kecik tu~


 Mr. A yang malu-malu kucheng

 Rasa nak je aku sebat bawak balik

 Ini la yang aku tunggu-tunggu...cute kan?

 Orang dah mula membanjiri kawasan...arrr


 Muka excited tak hengat bila dapat cuppies Smurfs

 Rupa cantik..isi sedap ke?
Apa pun..terima kasih Mangga Ads sebab bagi aku peluang ni..hee. Lain kali jemput lagi ye!

Friday, April 29, 2011

KONSERT D’LLOYD – SEMALAM DI MALAYSIA

Hi semua..sini saya nak kongsi pasal konsert la pulak....layan je la eh~
Siapa yang tak kenal kenal dengan kumpulan D'lloyd??
Haa..Kumpulan D’lloyd adalah kumpulan dari Indonesia dah lama menempa nama di Malaysia dan Singapura. Then, mereka bakal kembali lagi ke negara ini dengan membawa memori indah yang lalu menerusi Konsert D’LLOYD Semalam di Malaysia.” 

Kumpulan D'lloyd


Konsert ini akan dipimpin oleh En. S.Atan, pengarah muzik. KONSERT D’LLOYD “Semalam di Malaysia” dibawakan khas oleh Massa Frequency.

Macam mana nak dapatkan tiket nih???
Kalau nak tengok..mesti la ada tiket kan..Harga tiket bermula dari RM68, RM98, RM128, RM168, RM208, RM258, RM308 dan RM458 dan boleh layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian hotline +603 41478600 unutk tempahan.



Peminat yang ingin mengetahui setiap perkembangan berkaitan konsert boleh ke laman sosial Facebook: Konsert Dlloyd 2011 atau twitter: http://twitter.com/KonsertDlloyd.

Keterangan lanjut: Sebarang pertanyaan berhubung konsert boleh berhubung dengan Aszuad Zakaria di 016-6838444 atau Lis Faizal 019-3391445.


Photobucket